Masa untuk berpaling kepada produk hasil KEAJAIBAN AL QURAN..

Thursday, 6 September 2012

Jus Al- Khaira




JUS AL-KHAIRA


 
Jus Al-Khaira adalah formulasi istimewa & unik bermanfaat untuk memelihara keseluruhan kesihatan dan kesegaran badan. Ia mengandungi 10 ramuan utama yang mana dikatakan makanan semulajadi yang terbaik di alam ini dan mempunyai banyak kebaikan. Ianya terdiri dari ekstrak-ekstrak delima, kurma, kismis, buah tin, badam, aloe vera, centella, madu asli, gamat dan minyak zaitun.

Terbaru, untuk memudahkan penguna, terdapat didalam bentuk sachet juga.
 
Khasiat:
 
Al-Khaira bermaksud “yang baik”. Seperti namanya, jus Al-Khaira adalah formulasi istimewa & unik bermanfaat untuk memelihara keseluruhan kesihatan dan kesegaran badan. Ia mengandungi 10 ramuan utama yang mana dikatakan makanan semulajadi yang terbaik di alam ini dan mempunyai banyak kebaikan. Ianya terdiri dari ekstrak-ekstrak delima, kurma, kismis, buah tin, badam, aloe vera, centella, madu asli, gamat dan minyak zaitun. Antara khasiat bahan-bahan ini adalah:
Bahan-Bahan:

Delima:
 
Salah satu dari buah yang terawal di dunia (seawall 4000 sebelum Masihi). Al-Quran ada menyebut delima adalah buah dari taman di syrga (55:68). Ia terus menjadi lambing kesuburan dan kesihatan. Ada sesetengah pihak menganggap ia adalah ‘buah ajaib’ kerana dapat membantu imunisasi badan daripada pelbagai penyakit dan juga kaya dengan antioksida dan nutrisi yang dapat membantu mengekalkan keremajaan. 



Kurma:
Kurma adalah makanan seimbang yang baik untuk penghadaman makanan. Ia mampu member tenaga kepada badan manusia yang lesu dan baik untuk wanita sebelum dan selepas bersalin. Khasiatnya adalah tidak terkira dan kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang baik untuk tumbesaran otot. Ia dapat membantu penyakit sembelit, penyakit usus dan masalah jantung


Kismis:
Kismis adalah makanan dan manisan semulajadi, Ia dalah sumber yang baik untuk serat, vitamin dan mineral seperti vitamin B, kalsium, potassium dan zat besi. Kismis juga adalah bahan antioksida yang baik untuk melambatkan proses penuaan. Ada hadis yang menyebut “Sebaik-baik makanan adalah buah zabib (kismis).” Kismis dikatakan makanan yang baik untuk minda dan memori. Ia dapat membantu mengurangkan keletihan dan menguatkan urat dan otot.



Buah Tin:
 
Adalah juga buah terawal sejak 60 Masihi. Buah tin mempunyai kemanisan semulajadi dan serat yang tinggi yang dapat membantu system pencernaan. Ia mengandungi vitamin dan mineral seperti kalsium, magnesium dan potassium yang penting untuk mengawal darah dan tahap kolestrol serta tahap alkali yang seimbang dalam badan.

 
 
Badam:
 
Kajian ada menunjukkan badam adalah baik untuk kesihatan dan kaya dengan serat, vitamin, mineral, antioksida dan phytochemical. Badam juga dikatakan dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol, bernutrisi, dapat menguatkan otot dan kecerdasan, mencantikkan dan memutihkan kulit serta memperbaiki daya penglihatan.
 
 
 
 
Aloe vera:
 
Aloe vera adalah bahan yang terkenal kerana banyak digunakan dalam bidang perubatan untuk banyak penyakit seperti kencing manis, meningkatkan kandungan oksigen dalam darah di badan, mengurangkan kesakitan bengkak dan arthritis. Di dalam aloe vera terdapat komponen seperti polysaccharides, mannan dan lectin yang berkesan untuk membaikpulih luka dan kluit terbakar. Ia juga dapat mencantikkan kulit.


 
Gamat:

Gamat adalah spesis laut terkenal dengan keajaibannya untuk membaikpulih luka dalaman dan luaran, ulser, sakit dada, sakit tekak, selsema dan kulit terbakar. Ia banyak digunakan oleh pesakit selepas pembedahan dan wanita selepas bersalin. Gamat telah diketahui mengandungi sel-sel untuk pertumbuhan yang baru dalam sel badan tulang, kolagen dan menyegarkan badan serta melembutkan kulit. Ia kaya dengan chondoritins, mucopolsaccharids dan lain-lain nutrisi seperti protein, vitamin A, C dan mineral.


Madu:
 
Selain sebagai salah satu makanan sunah yang disebut di dalam Al-Quran dan hadith, madu telah lama digunakan sebagai pemanis asli dan juga untuk mengurangkan pelbagai penyakit. Juga untuk menambah tenaga dan meningkatkan stamina, serta menguatkan badan selepas sakit atau ketegangan (stress). Madu juga dapat menenangkan dan member tidur yang nyenyak, melegakan sakit perut, melegakan penyakit dan system pernafasan.


Minyak zaitun:
“Di atas buah tin dan zitun, dan Gunung Sinai” (Surah Al-Tin, 95:1-2). Istimewanya buah zaitun sehingga disebut di dalam Al-Quran, menunjukkan keunikan buah ini. Negara-Negara di sekitar Laut Mediterranean seperti Greece, Itali dan Sepanyol tahu tentang khasiat minyak zaitun ke atas tahap kolestrol yang tinggi dalam darah, system pernafasan, penyakit jantung, sakit telinga, sembelit, sakit perut, kulit yang kering dan berkedut, serta mengurangkan risiko penyakit batu dalam hempedu. 


Centella Asiatica:
 
Centella juga dipanggil Gotu Kola, Indian Pennywort, Pegaga dan Brahmi. Centella dapat menyegarkan otak dan system saraf dan dapat membantu mengekalkan keremajaan dan awet muda. Ia juga dapat membantu kesegaran badan, melawan rheumatism, mempertingkatkan daya konsentrasi dan perjalanan darah.

 
 

 

 
ANTARA BAHAN-BAHAN ASLI YANG DIGUNAKAN DALAM PRODUK-PRODUK KAMI
 
 BADAM, MADU, DELIMA, KISMIS, KURMA, ALOE VERA, GINKO DAN SEBAGAINYA
                                   
            


No comments:

Post a Comment